GIGI WARISAN KITA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Laman ini adalah bertujuan untuk memberi serba sedikit pengetahuan tentang kesihatan pergigian, yang kadang kala sering diabaikan oleh masyarakat kita.

BAGAIMANA ANDA MEMILIH ‘DENTIST’ ANDA? February 9, 2010

Filed under: DHE,Umum — dranis07 @ 8:43 pm

Lewat ini kita dikejutkan dengan berita di akhbar utama penemuan 30% dentist yang beroperasi tanpa lesen. Pekara ini bukan sesuatu yang baru malah sudah lama wujud. Jika kita imbau zaman datuk dan nenek kita terdahulu, ‘tukang gigi’ sering menjadi tempat untuk mereka menjalani ‘rawatan’ yang boleh dikatakan ‘superb’ berbanding ‘dentist’ yang bertauliah. Apa tidaknya, kekangan kewangan yang menghambat masyarakat dari dahulu hingga kini membataskan mereka untuk mendapat rawatan sebenar dengan pegawai yang bertauliah. Rawatan pergigian adalah sangat mahal jika dibandingkan dengan rawatan perubatan. Untuk merawat ‘mutiara putih’ di dalam mulut kita memerlukan hampir ratusan ribuan ringgit, memerlukan masa pesakit untuk berbaring seberapa lama diatas kerusi yg kekadang sangatlah tidak selesa, komitmen pesakit terhadap rawatan dan banyak lagi pekara yg mungkin jika ditanya kepada pesakit amatlah merimaskan. Nah, dengan wujudnya ‘fake dentist’ kata orang putih, pesakit mungkin dapat mengurangkan salah satu faktor yang dinyatakan diatas. Saya ada terbaca satu kajian yang dilaporkan didalam International Dental Journal, 2003,vol 55, pg 447-454, berkaitan persepsi masyarakat terhadap mendapatkan rawatan dengan pegawai tidak bertauliah. Di dalam kajian ini (yang dijalankan secara temubual) didapati 67% penduduk masih lagi mengujungi ‘fake dentist’. Kriteria pesakit yang mengunjugi klinik gigi palsu ini adalah mereka yang sudah tua, dari kelompok masyarakat yang kurang mampu darisegi sosialekonominya, tinggal di kawasan yang kurang klinik pergigian kerajaan, dan mempunyai tahap kebersihan dan kesihatan mulut yang teruk. Rawatan yang sering dijalankan adalah cabutan gigi (61%). Di dalam kajian ini juga, didapati faktor utama mereka masih lagi mengunjugi ‘fake dentist’ adalah kos rawatan (53%) dan kemudahan untuk dapatkan rawatan yang sepatutnya (20%). Adalah sangat sedih jika dikalangan masyarakat kita masih belum sedar baik buruk menggunakan perkhidmatan seperti itu. Dewasa ini, keinginan dan kehendak pesakit adalah sangat tinggi. Ini ditambah dengan kemunculan pemutihan gigi, implant, ‘crown and bridges’yang sangat menghambat keinginan pesakit. Justeru itu, disini saya akan berikan beberapa tips bagaimana untuk memilih ‘dentist’ yang betul dan mampu menjalankan rawatan yang sepatutnya.

TIP:

1. DAPATKAN TEMUJANJI ANDA

Dapatkan temujanji terlebih dahulu dengan doktor anda. Masa temujanji tersebut bincanglah masalah anda, perhati personaliti doktor anda, kebersihan/keceriaan klinik, staf sokongan.Jika semua menepati ekpektasi anda, dan anda berasa percaya dan yakin dengan doktor tersebut, boleh terus berurusan dengan beliau.

2. PENGIKTIRAFAN

Pergigian adalah profesion yang memerlukan lesen untuk praktis. Sebagai pesakit, kita perlu memerhati samaada lesen yang sah di pamerkan di mana2 bahagian di klinik. Begitu juga ijazah pegawai pergigian tersebut. Jikalau kita rasa agak khuatir tidak perlulah ‘membuka mulut’ kepada mereka. Pastikan juga lesen tidak luput tarikh dan klinik tersebut sentiasa memperbaharuinya setiap tahun. Jika klinik tersebut tiada apa yang tersebut diatas itulah yang dinamakan ‘QUACK DENTIST”

3. ‘CONTINUING PROFFESIONAL EDUCATION”

Pergigian adalah satu cbg perubatan yang sentiasa berubah dari masa ke semasa. Jika sesuatu klinik menyediakan rawatan seperti pemutihan gigi, implant, pastikan ‘dentist’ anda ada mengikuti program jangka pendek berkaitan prosedur tersebut, dan sentiasa memperbaharui pengetahuannya dengan mengikuti seminar, ‘hands on course’. (CPD= continuous dental education). Jika anda mendapat tahu bahawa ‘dentist’ anda tidak pernah mengikuti apa2 CPD semenjak dari graduasinya, BE CURIOUS!!!

4. KEBERSIHAN/PROTOKOL KAWALAN JANGKITAN SILANG

Pastikan ‘dentist’ anda sangat ambil berat terhadap kebersihan klinik/’sterilazation’ peralatan pergigian. Ini adalah untuk mengelak jangkitan silang. Kita tidak tahu pesakit sebelum kita mempunyai penyakit yang merbahaya atau tidak. Contohnya Hepitis atau HIV. Adakah kita mahu peralatan yang tidak steril dan masih ada kuman diguna untuk membuat tampalan gigi kita. Pastikan klinik tersebut mengunakan “Autoclave’, sarung tangan, penutup mulut, dan gaun pakai-buang. Klinik2 yang terdahulu selalu menggunakan periuk nasi untuk merebus peralatan pergigian. Kaedah sebegini sangat tidak efektif untuk membunuh kuman. Guna mata untuk memerhati, guna mulut untuk bertanya, kerana kita sebagai pesakit berhak untuk mengetahuinya.

5. ‘PROFESIONAL CONDUCT’

Pastikan setiap rawatan yang dilakukan dicatat dan disimpan dengan baik. Kita perlu pastikan semua rekod adalah ‘confidential’, tidak boleh sewenang2nya dibiarkan orang lain membaca. Apa2 yang berkaitan dengan pesakit seperti mahu menggunakan sesuatu kes untuk kajian, mengambil gambar pesakit, perlulah mendapat kebenaran pesakit terlebih dahulu. Jika ‘dentis’ sewenang2nya mengambil tanpa pengetahuan dan kebenaran pesakit, dentist tersebut telah melanggar ‘profesionalism’ mereka. Pesakit juga perlu menilai kemesraan keramahan staf dan pegawai. Adakah mereka menghormati hak kita sebagai pesakit. Pesakit juga kena pastikan samada mereka mendapat penerangan yang lengkap daripada pegawai terhadap rawatan yang akan dijalankan dan membolehkan pesakit selesa untuk menandatangani borang kebenaran rawatan. Pastikan juga pegawai menerangkan cas rawatan, bagaimana pembayaran boleh dilaksanakan sebelum rawatan dilaksanakan. P\S: BANYAKKAN PESAKIT PERLU TAHU!!

6. ‘OVER-TREATMENT’ : FENOMENA GLOBAL

  • Berhati-hati jika dentist anda mencadangkan rancangan rawatan yang sangat kompleks dan meleret
  • Berhati-hati juga jika dentist anda beria-ia menjual ubat atau ‘suplement’ untuk kesihatan pergigian
  • Berhati-hati juga jika dentist anda beria-ia menyuruh anda menukar tampalan amalgam (hitam) kepada tampalan putih (composite), atau mencadangakan supaya gigi di cabut daripada membuat rawatan akar (di dalam keaadan tertentu gigi berprognosis buruk perlu dicabut seperti gigi terfarktur dan tidak boleh dirawat)
  • Apabila cas rawatan yang sangat murah berbanding klinik yang lain di kawasan yang sama. Ini berkemungkinan dentist tersebut cuba untuk menambahkan bilangan temujanji dan melakukan rawatan yang tidak sepatutnya.
  • Dentist yang baik kebiasaannya lebih menjurus kepada pencegahan dan sangat menitik berat pendidkan kesihatan pergigian terhadap pesakit mereka

7. KUALITI VS KUANTITI : ‘GOOD THINGS IN LIFE DO NOT HAPPEN IN AN INSTANT’

  • Cas rawatan pergigian bukan penentu kualiti sesuatu perkhidmatan
  • Untuk makluman, pergigian adalah satu cabang sains dan seni. Kombinasi kedua2nya menzahirkan sesuatu yang cantik. Perhatikan dentist anda melakukan tugasannya, adakah mereka gelojoh untuk habiskan sesuatu pekara. Kualiti kerja didalam bidang pergigian bukan lah seperti membuat sesuatu dengan banyak seperti kilang mengeluarkan barang di dalam berapa saat. Rawatan didalam pergigian perlukan penelitian, masa dan konsentrasi.
  • Dentist yang berkualiti amat menitik beratkan kesihatan keseluruhan pesakitnya, selalu bertanya berkaitan rawatan tersebut (regular recall), review pesakit secara berkala sehingga dentist rasa puas terhadap rawatan yang diberi. Jika dentist kita tidak pernah untuk membuat panggilan susulan untuk menilai tahap rawatan yang diberi, ia bukan dentist yang baik dan berkualiti.

8. PANDANGAN PIHAK KEDUA (SECOND OPINIONS)

Jika kita sebagai pesakit agak ragu-ragu terhadap cadangan rawatan oleh ‘dentist’, carilah pandangan pihak kedua. Jika cadangan rawatan dentist anda adalah betul, sudah tentu jika diunjurkan kepada pihak kedua, mereka juga akan berpandangan yang sama.

9. RUJUKAN DARI MULUT KE MULUT (WORD OF MOUTH REFERRALS)

Dentist yang baik sentiasa menjadi bahan mulut orang ramai. Mereka akan menjaja dentist yang berkualiti. Namun begitu ia bukan bermakna percaya membuta tuli. Buatlah penelitian sendiri, dan yakin bahawa itulah dentist yang terbaik untuk ANDA.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s