GIGI WARISAN KITA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Laman ini adalah bertujuan untuk memberi serba sedikit pengetahuan tentang kesihatan pergigian, yang kadang kala sering diabaikan oleh masyarakat kita.

Pemeriksaan mulut sendiri di rumah. Senang atau susah? June 28, 2008

Filed under: DHE — dranis07 @ 11:10 pm
Tags:

Kebersihan mulut dan keseluruhan gigi adalah sangat penting kerana mulut yang bersih dan tidak berbau akan menambahkan keyakinan kita semasa bergaul atau bercakap. Tugas kita terhadap gigi bukan sahaja memberusnya dengan berkesan malah kita juga perlu tahu memeriksa kesihatan mulut sendiri. Ramai yang tidak tahu tugas yang kedua ini. Justeru itu, diharapkan dengan penulisan kali ini, dapatlah kiranya saya menerangkan bagaimana memeriksa sendiri kesihatan mulut dan gigi sendiri di rumah, tanpa mengeluar satu sen pun duit anda.

Kenapakah kita disarankan membuat pemeriksaan sendiri? Pada masa sekarang kita dikelilingi dengan pelbagai pekara yang sangat memberi kesan kepada kesihatan kita. Antaranya perokok yang menghembus asap rokok yang secara tidak langsung penghidu pasif seperti orang yang tidak merokok, akan terdedah kepada bahaya kanser, tidak kiralah apa jenis kanser. Mulut juga terdedah dengan kanser.Selain daripada itu, kita juga sering terlihat dikalangan warga tua suka mengunyah sirih. Sireh juga adalah salah satu faktor yang boleh menjurus ke arah kanser mulut. Minuman keras yang berleluasa juga akan memberi kesan kepada peminumnya. Antara yang pasti adalah kanser mulut. Negara kita hampir 90% disinari cahaya matahari. Justeru itu, ada dikalangan kita suka mendedahkan diri pada pancaran matahari atau bekerja dibawah sinaran matahari. Ini juga menyumbangkan faktor kepada berlakunya kanser mulut.

Kanser mulut adalah kanser yang ke-8 paling kerap di dunia. Ia adalah ketumbuhan tisu yang luar biasa berlaku pada ruang kaviti mulut. Pengesanan awal amatlah perlu kerana:

1. Mengelak perebakan penyakit

2. Mengelak ketidakupayaan yang teruk

3. Memanjangkan hayat pesakit

Apakah yang perlu diberi perhatian jika anda sendiri membuat pemeriksaan di rumah?

1. Ulser yang tidak sembuh selama 2 minggu

2. Lesi putih atau merah di dalam mulut

3. Kebengkakan atau bonjolan pada bibir atau di mana saja di dalam mulut

Apakah pekara yang anda akan alami jika pekara diatas berlaku?

1. Sukar membuka mulut,mengunyah, atau menelan

2. Sakit pada bahagian telinga

3. Kebas pada lidah atau mulut

Ikuti 6 langkah mudah pemeriksaan sendiri di rumah

1. Gunakan cermin dan cahaya yang terang

2. Lihat wajah dan leher anda di cermin

- tekan bahagian tepi dan hadapan leher.

- ada kebengkakan? ada kesakitan? ada perubahan warna kulit?

3. Periksa bibir anda dalam keadaan tertutup dan terbuka

- adakah terdapat perubahan warna, tekstur, keabnormalan permukaan

- tarik bibir atas dan bawah, lihat ada bonjolan atau ulser, atau ada perubahan warna kulit

3. Tarik pipi kanan dan kiri, lihat keadaan mukosa bukal, rasa jika ada bonjolan. lakukan pada kedua-dua belah pipi

4. Kepala diposisikan keatas, mulut dibuka luas agar lelangit dapat dilihat. Perhatikan samada ada perubahan tekstur, bonjolan, ulser

5. Letakkan hujung lidah pada lelangit. Periksa jika ada keabnormalan pada kawasan tersebut

6. Unjurkan lidah anda keluar.

- Lihat jika ada perubahan warna pada lidah

- Tekan dan periksa bahagian bawah lidah. Ada bonjolan? Ulser?

-.Periksa bahagian kiri dan kanan lidah, serta hujung lidah.

Jika ada keabnormalan atau jika sekiranya anda tidak pasti buatlah lawatan ke klinik gigi yang berdekatan.

Selamat mencuba!

 

2 Responses to “Pemeriksaan mulut sendiri di rumah. Senang atau susah?”

  1. aty Says:

    tq.coz kalau bukan saya terbaca ne tadi saya takn sedar betapa pentingnya penjagaan gigi.oya kalau kita buat rawatan gigi bukanka kosnya tinggi di hsptal kerajaan?????


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.