Asslamualaikum wbt, ruangan blog saya sudah ditinggalkan hampir 3 tahun kerana sibuk dengan pengajian dan kini kembali semula untuk berkhidmat. Hari ini hari pertama saya mula menulis kembali. Masih keliru apa yang saya patut kongsi. Fikir punya fikir, saya rasa tajuk ini masih baru di kalangan masyarakat kita. Ada diantara kita hadapi masalah sendi rahang mulut tetapi berdiam diri dan tidak datang untuk mendapat rawatan atau pandangan dari pakar pergigian.
1. Latar belakang sendi rahang mulut
Kita mempunyai sepasang sendi rahang yang berhubung terus dengan tengkorak pada bahagian skuamus tulang temporal. Dengan adanya sendi rahang, kita boleh membuka dan menutup mulut dengan sempurna.Terdapat satu lapisan memisah sendi rahang dengan tulang temporal. Ia di kenali sebagai disk artikular. Disk artikular ini dikenali juga sebagai meniskus,ia berbentuk cembung, dan bersifat ‘fibrocartilage’. Ini membantu pergerakan dan memudahkan pergerakan sendi rahang. Di bahagian ini juga terdapat otot ,salur darah dan saraf.
Sebelum ini, masalah ini dianggap sebagai penyakit atau sindrom. Namun demikian, dengan kajian berterusan daripada saintis, mereka bersependapat untuk menggunakan istilah “Temporamandibular Disorder (TMD) dalam setiap diskusi mereka. American academy of orofacial pain (AAOP) telah mengklasifikasikan masalah ini kepada dua keadaan. Pertama ia melibatkan otot (Muscle related-TMD (MrTMD)) dan yang kedua melibatkan sendi (Joint-related TMD(Jr-TMD)). Masalah yang pertama sering berlaku. Pesakit akan mengadu sakit pada bahagian otot muka, pembesaran otot juga mungkin berlaku. Masalah ini selalu terjadi kepada pesakit yang suka mengunyah pada waktu malam tanpa sedar (bruxism) atau suka mengetap gigi setiap masa atau semasa stress (clenching). Kekadang habit menggigit pensel, posture yang tidak betul menjurus ke arah masalah ini. Masalah kedua lebih kepada pesakit yang sedia ada mempunyai penyakit sendi seperti arthritis, gout, jangkitan kuman atau neoplasia.
2. Kenapa ia boleh terjadi?
Mr-TMD boleh berlaku akibat penggunaan otot muka yg sangat aktif (Bruxism/Clenching). Ia juga boleh berlaku jika sekiranya perubahan oklusi gigi seperti tampalan gigi yang tinggi dan pesakit tidak dapat menyesuaikan diri dengan posisi tampalan tersebut. Kadang-kadang stress, posisi duduk yang tidak betul juga memainkan peranan kepada masalah ini.
Jr-TMD pula, masalah yang selalu terjadi adalah ‘disc displacement-DD’. Terdapat dua jenis DD iaitu ‘anterior disc displacement with reduction’ dan ‘anterior disc diplacement without reduction’. Masalah pertama melibatkan disk kembali kepada kedudukan asal dan yang kedua pula ia kekal pada kedudukan abnormal. Pesakit akan sukar untuk membuka mulut dengan luas. Kejadian ini dikenali juga sebagai ‘close lock’.
3. Epidemiologi
Berdasarkan kajian,75% populasi mempunyai simptom dan tanda menghadapi masalah ini dan didapati hanya 5% hingga 10% pesakit sahaja yang memerlukan rawatan selanjutnya dari pakar pergigian. Majoriti pesakit yg mengalami masalah ini ialah wanita yang berusia di antara 20 hingga 40 tahun.
4. Aduan pesakit
Untuk mendiagnos sesuatu masalah, pegawai pergigian perlulah bertanya sejarah pesakit dan melakukan pemeriksaan ke atas pesakit. Selalunya pesakit akan mengadu terlalu banyak duduk menggunakan komputer, masalah sakit jiwa, stress, pernah trauma pada bahagian muka, sakit pada bahagian leher dan bahu, suka mengetap gigi dan mengunyah gigi pada waktu malam. Pesakit juga akan mengadu sakit kepala dan sakit pada kawasan telinga, tidak boleh membuka mulut dengan luas, dan sendi berbunyi apabila membuka mulut. Gigi pesakit juga haus, agak rata
dan bergerigi.
5. Rawatan
Sebelum rawatan, x-ray akan diambil pada kawasan sendi untuk meneliti apakah msalah sebenar pada kawasan tersebut. Kadang-kadang tiada abnormaliti yang dapat di kesan. Kadang-kadang pula kita akan dapati permukaan sendi akan menunjukkan tanda-tanda haus. CT Scan dan MRI scan juga boleh digunakan untuk melihat lebih detail kawasan yang bermasalah tersebut. Biopsy juga boleh dilakukan untuk mengesan rheumatoid factors, antinuclear antibodi dan antibodi yang lain sekiranya penyebab TMD adalah rheumatoid artritis, temporal arteritis atau masalah konektif tisu. Kandungan asid uric juga boleh di periksa jika gout penyumbang masalah sendi rahang.
Kebanyakan masalah sendi rahang ini adalah ‘self limiting’ dan tidak menjadi teruk. Rawatan selalunya melibatkan memberi nasihat kepada pesakit untuk mengurangkan stress, urutan pada bahagian yang sakit, letak ‘cold ice pack’ pada kawasan yang sakit, betulkan posture badan semasa membuat kerja. Buang tabiat menggigit pensel, mengetap gigi atau mengunyah gigi. Selain daripada itu, splint akan diberikan kepada pesakit dan pesakit perlulah memakainya terutama sebelah malam untuk membuang tabiat mengunyah gigi semasa tidur. Pesakit juga akan diajar oleh pakar pergigian bagaimana untuk membuat ‘jaw exercise’. Ubat tahan sakit juga boleh digunakan. Kadang-kadang ubat antidepresant juga boleh diberikan kepada pesakit untuk mengatasi masalah ini.
6. Kesimpulan
Secara keseluruhannya, rawatan masalah TMD adalah mudah, dan prognosisnya adalah baik. Simptom selalunya akan berkurangan jika sekiranya pesakit melakukan apa yang diarahkan dengan betul.






assalamualaikum , saye mungkim ade masalah seperti yang dinyatakan di atas . rahang saya seringkali tidak boleh dibuka dan ada masanya sakit semasa bibuka . saya juga seringkali memaksa untuk membuka mulut saya dan ia kadangkadang berbunyi seperti tulang yang patah . apakah sebenarnya masalah saya ?
Waalaikum salam wbt, Pada pandangan saya, encik perlu membuat pemeriksaan di klinik pergigian yang berdekatan.Jika perlu, masalah encik boleh dirujuk kepada pakar pergigian.Mereka boleh memberi nasihat dan pandangan berkaitan masalah encik.
salam… tumpang bertanya, rahang saya (sebelah kanan) berbunyi ketika mengunyah/mmbuka mulut dengan luas.. ini mendatagkan ketidakselesaan ketika makan di tmpat awam. rahang tidak mengalami sakit tetapi hanya berbunyi.. apakah penyebab dan cara mengatasi masalah ini ? thanks…
masalah sendi rahang berbunyi adalah bersifat multifaktor. Ia mungkin disebabkan trauma, kedudukan postural badan yang tidak betul,’grinding’, masalh gout, rheumatoid artritis, dan stress. Bunyi pada rahang selalunya tidak dapat dihilangkan sepenuhnya. namun begitu pemakain splint membantu mengurangkan bunyi pada sendi rahang. “jaw exercise” juga boleh membantu
salam..sendi rahang saya lari dah setahun lebih..pernah pergi x-ray kat hospital masa awl2 sakit tapi x da tindakan selanjutnya hingga sy dah setahun lebih sakit sendi rahang…makin teruk ..x boleh buka mulut besar,mengunyah ..slalu skt kepala..skt pd rahang ..saya baru tahu sepatutnya saya perlu rujuk klinik pergigian..ape patut sy buat ye..skt sgt …menderita skt …
Puan untuk pulih sepenuhnya mungkin tidak tetapi rawatan yang berkesan dapat mengurang kesakitan yang puan alami.
Puan untuk pulih sepenuhnya mungkin tidak tetapi rawatan yang berkesan dapat mengurang kesakitan yang puan alami.
salam..saya menghadapi masalah sendi rahang lari dah lebih setahun..saya dah pergi byk klinik dan macam2 ubat tp ttp x ok..dan saya br dpt tau dr sebuah klinik sepatutnya saya pergi ke klinik pergigian..masalah saya semakin teruk kerana hampir setiap hari saya rs sakit..kebas bila sejuk,x dpt buka mulut dengan besar..tidak boleh terlau mengunyah dan selalu sakit kepala.saya pernah xray di hospital dan mmg sendi rahang saya lari.ape penyakit saya semakin teruk?saya tanggungnya dah lebih setahun.boleh baik ke?
salam…. saya simpati dengan masalah Puan. Buatlah pemeriksaan di klinik pergigian yang berdekatan. Jika perlu mohon di rujuk kepada pakar pergigian restoratif di kawasan atau tempat yang berdekatan dengan puan.
Assalam.. Saya juga mempunyai masalah rahang dan gigi yang tidak tersusun, Masalah rahang, bila menguap terlalu besar, rahang akan berbunyi dan masalah mengunyah gigi semasa tidur tanpa saya sedari. Rawatan apa yang patut saya buat?
Salam Puan, pekara pertama yang perlu pun buat ialah pergi ke klinik gigi yang berdekatan. Jika boleh mohon untuk diruujuk kepada pakar restoratif yang berdekatan dengan tempat puan tinggal. Di situ selalunya mereka akan buat pemeriksaan yang rapi. Pekara pertama yg selalunya kita cuba lakukan ialah menghentikan tabiat puan yang suka mengunyah dengan mengisu ‘splint’ yg akan puan pakai pada maktu malam. Pada masa yang sama juga, puan akan diajar bagai mana untuk membuat ‘jaw exercise’ dengan cara yg betul.