GIGI WARISAN KITA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Laman ini adalah bertujuan untuk memberi serba sedikit pengetahuan tentang kesihatan pergigian, yang kadang kala sering diabaikan oleh masyarakat kita.

Penjagaan Kesihatan Pergigian Kanak-Kanak Istimewa June 9, 2008

Filed under: DHE — dranis07 @ 10:06 pm
Tags:

Kanak-kanak istimewa adalah anugerah tuhan yang paling mencabar untuk semua ibu bapa. Kanak-kanak istimewa seharusnya dijaga dengan penuh kasih sayang. selalunya, mereka sering juga mempunyai masalah perubatan. Justeru itu, perhatian yang serius patut diberikan kepada mereka terutama dalam menjaga kesihatan pergigian. Kanak-kanak istimewa ini tergolong di kalangan mereka yang cacat penglihatan, cacat pendengaran, kanak-kanak terencat akal (cth:sindrom down), dan lain lagi. Kebiasaannya, kanak-kanak ini selalu mempunyai masalah pergigian. Ramai ibu bapa atau penjaga tidak menghiraukan kebersihan mulut anak mereka. Oleh itu, jika dilihat, anak-anak yang istimewa ini mempunyai masalah pergigian yang teruk seperti karies gigi, masalah gusi, dan gigi berselerak(crowding). Apakah langkah yang sesuai yang perlu dibuat oleh ibu bapa/ penjaga?

Langakah-Langkah:

1. Pemeriksaan gigi di klinik gigi yang berdekatan sekurang-kurangnya setahun sekali. Jika ada masalah pegawai pergigian akan terus memberi rawatan yang setimpal. Selalunya, jika mereka mempunyai banyak gigi yang rosak, dan tidak boleh memberi kerjasama, serta mempunyai masalah kesihatan yang lain, doktor gigi akan mensyorkan dibuat “dental Clearance” . Ini bermakna pesakit akan di masukkan ke wad, rawatan menampal, mencabut gigi yang rosak akan dibuat dalam keadaan pesakit tidak sedar.(Dalam keadaan bius). Ditakuti jika gigi yang rosak tidak dibuang, jangkitan kuman yang lebih teruk mungkin akan berlaku, kerana anak-anak istimewa ini secara amya mempunyai daya tahan penyakit yang lemah.

2.Ceramah
Selalunya ceramah akan diberikan kepada penjaga tentang selok belok penjagaan gigi serta pemakanan yang betul agar kesihatan gigi anak-anak mereka terjamin. Kadang-kadang, kanak-kanak seperti cacat penglihatan, dan pendengaran, ceramah akan diberi melalui Braile atau bahasa isyarat oleh guru masing-masing

3. Latihan memberus gigi, ini akan diberi kepada kanak-kanak istimewa yang boleh memegang berus gigi, dan di bantu oleh penjaga. Semasa memberus gigi, kanak-kanak ini perlu diselia oleh penjaga, dikhuatiri mereka akan tertelan ubat gigi.

Cara memberus gigi bagi kanakkanak istimewa:

1. Berbaring dari hadapan
2. Berbaring dari belakang
3. Duduk dari tepi
4. Duduk dari hadapan
5. Duduk dari belakang

Berus gigi yang digunakan oleh mereka, perlu diubahsuai. Ada antaranya di letakkan bola getah, pada tangkai berus gigi tersebut supaya mereka mudah pegang. Doktor gigi juga selalu syorkan berus gigi elektrik, ini lebih mudah

Peranan Penjaga

1. Menjaga kebersihan mulut mereka
2. Menjaga pemakanan mereka. (Makan makanan seimbang, kurangkan gula)
3. Lakukanlah pemeriksaan gigi sekerap yang mungkin.

Dibawah ini disertakan antara cara yang boleh digunakan untuk membersihkan gigi anak istimewa dan ubahsuai berus gigi untuk memudahkan mereka menggunakannya.

About these ads
 

8 Responses to “Penjagaan Kesihatan Pergigian Kanak-Kanak Istimewa”

  1. ayem36 Says:

    assamualaikum dan salam sejastera.

    Artikel anda begitu menarik berkenaan gigi dan anank-anak isitimewa. Disini saya ingin meminta izin dari pihak tuan untuk artikel ini dan diletakan di dalam porta pendidikan khas.

    ayem36
    http://www.pkbp.smkintan.edu.my

  2. cikmin Says:

    Artikel ini saya rasa sangat berfaedah kepada semua warga pergigian, terutama mereka yang berhadapan dengan kanak-kanak yang istimewa, kita kekurangan pengetahuan tentang penjagaan kesihatan pergigian kanak-kanak istimewa, saya sering mengikut pegawai pergigian membuat lawatan ke pusat seperti PDK Piasau dan sunflower Miri, kami memberi ceramah cara penjagaan kesihatan gigi, menunjuk cara memberus gigi, pemeriksaan kesihatan mulut dan membuat pertunjukkan boneka, tetapi cara yang kami sampaikan seperti juga kepada murid-murid yang normal, cuma ibubapa dan gru-guru hadiri sama.

  3. iera Says:

    assalamualaikum…
    saya tya bagaimana cara-cara untuk mngawal tingkahlaku dan pengendalian kanak-kanak di klinik pergigian

    • dranis07 Says:

      Hello iera,
      Mengendalikan kanak2 di klinik adalah satu cabaran yang perlu ditangani dengan bijaksana. Staf seharusnya jgn bersikap keras, berlembut tetapi tegas. Jgn memaksa jika pesakit tidak bekerjasama. Lawatan pertama, pemeriksaan tanpa melibatkan rawatan (jika bersesuaian). Lawatan kedua, buatlah rawatan yang mudah. Suasana klinik juga memainkan peranan. Klinik mestilah ceria. Pegawai perlu kreatif dalam merencana klinik masing2.

  4. rozana hj parto Says:

    Saya mempunyai anak sindrom down berumur 4 tahun dan mempunyai masalah gigi. Di mana saya boleh mendapatkan khidmat “dental clearance” ini di Selangor kerana saya tinggal di Subang Jaya.

    Adakah perkhidmatan ini mahal ?

    Sekian, terima kasih.

    • dranis07 Says:

      Anda boleh cuba membawa ke klinik gigi kerajaan. Jika perlu mereka akan dirujuk kpd pakar yang berkenan, berkemungkinan pakar bedah mulut. Jika bersesuai, mereka akan laksanakan rawatan tersebut.

  5. dental student Says:

    terima kasih..info ini sgt berguna kpd sy

  6. azma Says:

    saya juga memohon utk meletakkan artikel ini di blog saya http://syndromdown.blogspot.com/
    tqvm


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.