GIGI WARISAN KITA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Laman ini adalah bertujuan untuk memberi serba sedikit pengetahuan tentang kesihatan pergigian, yang kadang kala sering diabaikan oleh masyarakat kita.

Kerjaya di bidang pergigian June 8, 2008

Filed under: Kerjaya — dranis07 @ 5:01 pm
Tags:

Pergigian adalah satu cabang perubatan yang kini semakin di minati. Ia sangat laris kini. Namun semasa zaman 90an, kerjaya ini agak baru dan masih tidak diketahui umum. Ramai anak muda kita, yang mendapat keputusan cemerlang memilih untuk mengikuti program perubatan di dalam mahupun di luar negara. Sama lah seperti saya, keinginan memang kearah perubatan, kerana pada sekitar tahun 90an, tidak banyak pendedahan diberikan oleh cikgu di sekolah, atau maklumat di media atau di dada akhbar.

Di dalam bidang pergigian, kita hanya tahu doktor gigi sahaja, tetapi staf sokongan juga janganlah dilupakan. Saya akan memberi penerangan berkaitan peluang kerjaya pergigian yang ada dan di iktiraf oleh Kementerian Kesihatan.

1. Pegawai Pergigian

Mereka bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan pergigian kepada masyarakat. Seorang Pegawai Pergigian akan melakukan pemeriksaan dan diagnosa. Mereka juga akan melakukan rawatan seperti tampalan, cabutan, dan gigi palsu.Untuk menjadi seorang Pegawai Pergigian, mereka perlulah mempunyai ijazah di dalam pergigian daripada mana-mana universiti yang diiktiraf samada di dalam atau luar negeri.Pengamal pergigian perlulah mendaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia. Semenjak 29 Jun 2001, setiap pegawai baru perlu berkhdmat dengan kerajaan selama 3 tahun.Umumnya tangga gaji permulaan adalah bermula dari P1T5. Mereka boleh berkhidmat samaada di Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Orang Asli, dan Swasta.

2. JURURAWAT PERGIGIAN

Jika anda seorang yang penyabar dan penyayang serta mampu berkomunikasi dengan baik dengan kanak-kanak, kerjaya ini adalah sangat sesuai. Tugas mereka adalah memberi rawatan kepada kanak-kanak berusia 17 tahun dan ke bawah. Mereka juga akan terlibat dalam promosi pendidikan kesihatan pergigian yang dibuat dalam bentuk ceramah, “play”, pameran dan kempen. Sekarang, latihan untuk menjadi jururawat pergigian hanya terdapat di Kolej Pergigian Latihan Kanak-Kanak di Pulau Pinang. Setelah tamat latihan pelajar akan di beri Diploma Kejururawatan Pergigian. KLIK disini jika inginkan maklumat lanjut

3. JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN

Jika anda seorang yang gemarkan kerja tangan dan kejuruteraan, anda suai memilih bidang ini. Seorang Juruteknologi Pergigian, meraka akan membuat prostesis (gigi palsu, korona), aplian ortodontik, dan aplian pembedahan mulut. Selain daripada itu, mereka juga terlibat di dalam pembaikan peralatan pergigian dan pembangunan klinik. KLIK disini jika inginkan maklumat lanjut

4.PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN

Pembantu pembedahan pergigian bertanggungjawab dalam membantu pegawai pergigian dan jururawat dalam pengusan pesakit. Mereka juga bertanggungjawab didalam “infeksi kontrol” di bilik rawatan. Selain daripada itu mereka juga boleh menerima resit bayaran daripada pesakit serta mengemaskini rekod atau kad rawatan pesakit. KLIK disini jika inginkan maklumat lanjut

About these ads
 

53 Responses to “Kerjaya di bidang pergigian”

  1. harliani Says:

    bagaimana jika saya berminat dan ingin menceburi dalam bidang ini,malahan sekarang saya sudah bekerja di bahagian pembantu pembedahan pergigian.di klinik swasta sahaja.

  2. Dr Anis Says:

    Hai harliani, terima kasih kerana sudi melawat laman saya. Untuk pengetahuan anda, untuk menjadi pembantu pembedahan pergigian di klinik-klinik kerajaan, anad perlu memohon melalui borang SPA yang dikeluarkan setiap tahun atau pun melalui lawan web SPA. Anda boleh terus mengisi dan memilih jurusan yang anda suka. Tempoh latihan adalah lebih kurang dua tahun. Sekarang latihan di buat di Kolej Pergigian Latihan Kanak-kanak- di Pulau Pinang. Cuba lawati laman web SPA ya…

  3. Haliza Says:

    Hai..

    Saya sudah memiliki cert.dental surgery assistant dari SLPM. Dan saya juga telah resign dari kerajaan. Namun, saya hendak melanjutkan ke Diploma jururawat pergigian dan berusia 27 tahun. Bagaimanakah saya memohon untuk memasuki SLPM?

  4. dranis Says:

    Hai haliza, terima kasih kerana melawat laman ini. Untuk pengetahuan Haliza, utk mengikuti latihan jururawat pergigian, anda perlu memohon melalui SPA. Selalunya, sesiapa yg sudah mempunyai cer. dental surgey lebih mudah utk dpt program ini. Namun begitu, mereka selalunya berkhidmat lebih kurang 3 tahun dahulu sebelum memohon untuk melanjut pelajaran. Nak tahu juga.. kenapa haliza resign dr berkhidmat dengan kerajaan?

  5. miss tan Says:

    i want to study dental surgecy assistant course. where ? how much d course fee? how long d period?

    • dranis07 Says:

      HI Miss Tan,

      Besides MInistry of Health, I think there is a lot more DSA course sponsored by the Uni versity such as UKM, MU, USM etc. You shoud go through the uni website to check whether they open the course to the public. Sometimes, they will advertise in the newspaper. I;m not sure about the fee. Hope answer ur question.

  6. amyrah Says:

    Salam.Saya Amyrah.saya seorang pelajar tingkatan 5 tahun 2009.saya amat meminati bidang doktor pergigian.saya ingin bertanya,apakah keputusan peperiksaan yang melayakkan saya untuk memasuki bidang ini,dan bagaimana langkah awal yang perlu diambil?

  7. ernie Says:

    hi dr anis, sy skrg btugas sbg dental surgery asisstant di johor bahru, sy berminat untuk furthermore study dlm bidang dental teknisyen, masalah nya sy tak sanggup nk sambung study di penang lg memandangkan sy sudah berkeluarga dan perjalann yang jauh antara jb dan penang. sy ada terdengar yang kerajaan sekarang menghantar student2 ke kolej swasta di kl.. adakah ini betul? jika btul sy berminat dan mungkin impian sy untuk sambung study tercapai.. dktr tau mgenai ini ke? tq

  8. eika Says:

    salam….I just finished my secondary school, since in high school, my interest more on the dentistry field, could you give me any links that i will search more on careers in dentistry field such as, pedodontics, periodontics, etc. For your information, i wiil attend MARA interview session on 17 of April, so i really hope you will help me.

    • dranis07 Says:

      Hi eika, thanks for visiting this website. You should know really well about the course you want to take. In dentistry, there are several subspeciality training which can be in local university or foreign university eg in the UK, australia etc. Perhap u should know what your interest in? Where do you want to go for your higher educational learnng, why did you choose the place? Are they having a good reputation in term of the course they provided….Good luck ya!!!

  9. anna Says:

    boleh tolong saya cari maklumat tentang sejarah kemunculan bidang pergigian ini ? Bagaimana boleh terjadinya doktor gigi ? dari mana asal usul doktor gigi? sejak bila profession ini diperkenalkan? thats all thank u…

  10. aja Says:

    len ke cara belajar utk jd dktor gigi?adakah sy rugi jika m’nolak twaran perubatan,sebaliknya menerima bdang pergigian?

    • dranis07 Says:

      Hai aja, doktor gigi dan doktor perubatan tidak jauh bezanya. Subjek pada umumnnya adalah sama cuma pada tahun ke-4, fokus pembelajaran agak berbeza. Pada tahun 1-3, pelajar perubatan dan pergigian akan mengikuti kuliah yang sama cuma ada satu atau dua subjek yg agak berbeza utk pelajar pergigian. Berkaitan tolak menolak tawaran ini, itu bergantung kepada minat saudari, yang mana satu saudari rasa impian dan cita-cita saudari. Jgn ikut kata orang… ikutlah kata hati kita sb kita yg akan menempuh 4-5 tahun untuk belajar. Kalau dah melangkah masuk ke bidang yang kita tak berapa minat, takut pula terkandas di tengah jalan…

  11. nad Says:

    salam.saya nak tanya apakah prospek dalam kerjaya pergigian?

    • dranis07 Says:

      Hi nad, berminat dengan kerjaya pergigian? pergigian adalah salah satu cabang kesihatan yang sentiasa dipandang kelas kedua selepas bidang perubatan. Bidang pergigian adalah sangat menarik jika kita mendalaminya dengan mendalam. Terdapat pelbagai kepakaran di dalam bidang ini. Antaranya ialah ortodontik, prostodontik, endodontik, pediatrik, restoratif, pembedahan mulut, ‘special care’, patologi mulut dan kesihatan awam. Prospek sangat baik, gaji juga sangat lumayan dan kerja tidak melibat kan waktu malam!!

  12. qiqi Says:

    hai Dr.,
    sya merupakan pelajar lepasan spm 08.. keputusan spm saya cemerlang tetapi sya masih keliru sama ada mahu memilih bidang pergigian atau kejuruteraan…
    setelah membaca artikel ini, saya berminat untuk memilih juruteknologi pergigian.

    jika bekerja di sektor awam (kerajaan), berapakah gaji permulaan bagi seorang doktor(pegawai) gigi dan juruteknologi pergigian?

    adakah pengajian dalam bidng pergigian di universiti susah sperti perubatan @frmasi?
    TQ.

    • dranis07 Says:

      Hai qiqi, di Malaysia ni… latihan juruteknologi pergigian hanya terdapat di Kolej Latihan Pergigian di Pulau Pinang. Saya tidak pasti kolej swasta ada menawarkan kos ini atau tidak. Prospek kerja memang bagus. ia memerlukan ketelitian terutamanya jika melibatkan pembuatan bahan bahan prostetik (palsu) cthnya gigi palsu, crown, bridge. Mereka akan bekerja dengan pegawai pergigian untuk menghasilkan sesuatu restorasi. Gaji pegawai pergigian sudah semestinya tinggi berbanding Juruteknologi.

  13. F~ Says:

    saya ditugaskan untuk menjalankan temuramah kerjaya. Jadi, blhkah saya ingin bertanya beberapa soalan mengenai doktor dan kerjaya ini. Boleh saya tau email doktor..

  14. deqain Says:

    salam…..saya ingin bertanya…bagaimanakah prosedur untuk menceburi bidang dsa d kementerian pertahanan? saya seorang dsa d kkm….

  15. temah64 Says:

    Salam,
    Saya Jururawat Pergigigian U32, sekarang sedang mengikuti kursus pos basik pengurusan..selama 6 bulan. Kami sedang membuat HSR… boleh tolong saya beri idea mengenai kehadiran ibu mengandung ke klinik pergigian kurang memuaskan. Saya kekurangan idea dan tidak tahu nak start kat mana dulu …cos sebelum ini sy tidak pernah buat research.
    Harap dr dapat menyumbang idea yang boleh digunakan dlm research nanti.. tq.

    • dranis07 Says:

      Puan, mengikut pengalaman berada di klinik kesihatan selama 6 tahun, masalah peratusan kedatangan ibu mengandung memang la sgt sikit. Pertama sekali, puan mulakan dengan mengaitkan gigi dengan ibu mengandung (masalah ibu berkaitan gg, bayi yg lahir -bagaimana nak jaga, pemakanan yg sihat utk gigi yang sihat). Cari artikel atau journal yang berkaitan tajuk puan. Selalunya artikel ni dlm bahasa inggeris. Cuba buat lawatan ke perpustakaan pergigian di University Malaya/UKM untuk dptkan maklumat. Selepas membuat sedikit intro, puan blh juga buat sedikit hypothesis (agakan) mengapa kkeadaan ini terjadi, adakah kurangnya kerjasama staf perubatan dengan pergigian, masalah birokrasi yg tidak mendahulukan ibu mengandung utk mendapat pemeriksaan terlebih dahulu, atau phobia pesakit terhadap klinik pergigian dan pegawai pergigian. atau pun suasana/persekitaran yang tidak kondusif…so puan dah blh buat hypothesis sendiri. Puan kena ada satu soalan kaji selidik untuk diberikan kepada pesakit. Jadi berdasarkan apa yg puan soal di dalam borang tersebut, puan dah boleh buat analysis. soalan kena senang dan tidak berbelik, mudah difahami.

  16. syukri Says:

    Assalamualaikum..
    haha, saya suka dgn website ni..
    Saya mau minta pendapat dari Dr, relevan tak jika saya yang dah berumur 25 ni baru pasang niat nak jadi dentist..
    Saya masih kabur apakah saluran yang boleh saya guna untuk merealisasikan cita-cita ni..
    adakah kene ambil STPM sbg calon persendirian? Then kene score maut punya untuk bersaing menapatkan tempat di IPTA? JPA tak kisah ke untuk orang yang berumur lebih 25 tahun?

  17. "s" Says:

    hai
    sy nk tya,adakah seorang dental nurse dr kkm berpeluang menjadi doc gigi?so apa kriterianya..tq

  18. diana Says:

    salam…dr saya jururawat pergigian u29..saya nk tanye ttg bg jururawat pergigian,ade ke peluang utk sambung pmbelajaran ke peringkat ijazah?
    ape kriteria yg perlu utk melayakkan diri utk sambung belajar?

  19. kiki Says:

    hai… sy salah seorang pelajar pergigian tahun ke-4 di UM. sy rasa bangga coz ramai remaja skrg meminati bidang ini. sy hanya ingin b’kongsi pendapat dgn u all smu, bidang sememangnye m’merlukan mentaliti ngan fizikal yg sgt kuat, if salah satu dr 2 aspek ini kurang,susah kte nak proceed ape yg kte dh mula’n.
    bg sape2 yg nk melanjut’n pelajaran dlm bidang ini, pastikan anda siapkan diri anda secukupnye sbb bidang ini bukan saja memerlukan otak yg pandai malah m’merlukan daya kreativiti n hand skill yg t’baik…..
    gud luck everyone

  20. sharu Says:

    hi,
    saya seorang juruteknologi pergigian, mempuyai pengalaman bekerja selama 3 tahun, saya berminat untuk sambung belajar… but then belum ada lagi degree in dental technology in malaysia. so, saya ingin tanya dr, is there any other course which i can do?

  21. jaei Says:

    tq so much..
    i got so many info from this page
    i really interested in this field..
    n i’ll attending an interview for mara scholarship in this course…
    really tq for all da info..

    • dranis07 Says:

      Hi Jaei, thank you to visit my site. I’m really hope that you can make it. Be confident and knowledgeble Best of luck, take care

  22. shadzlin Says:

    antara bidang pergigian dengan fisioterapi,yg mana lbih senang dapat tawaran?

    • dranis07 Says:

      Hai shadzlin, saya tidak dapat menjawab soalan ini. Selalunya tawaran universiti bergantung kepada kouta yang ada dan juga keputusan peperiksaan. Jika mencukupi apa kriteria yang dikehendaki, saya rasa tawaran akan diberi. Selalunya pergigian mempunyai kriteria yang agak ketat berbanding fisioterapi….walaubagaimana pun berusahalah untuk yag terbaik

  23. Mazlan Says:

    Assalamualaikum, saya mazlan dari Brunei.Takniah, saya tertarik dengan blog ini, buat pengetahuan saya pernah mengikuti kursus SLPM dan di Hospital Muar Johor dalam tahun 1987-1989. Dan buat masa ni saya masih bergelar Pembantu Pembedahan Pergigian Kanan. Sepatutnya saya dah menjadi Juru Teknologist tapi tak kesempaian kerana tak dibenarkan oleh jabatan saya. Oleh itu saya cuma nasihatkan kepada yang baru dan yang sudah mempunyai sijil teruskan lah ke bidang seterusnya.

  24. Eyra Says:

    salam,doc..i really intrsted in dntistry ..i’m searching some info regarding diz course 4 my intrview..can u help me about diz course?

    • dranis07 Says:

      Hello Ira, thank you for visiting my site. Actually dentistry is quite broad field. You may find also some info at the oral health division, Ministry of health of malaysia. As briefly, dentistry has several speciality such as paediatric dentistry, restorative, ortho, oral surgery, oral pathology and medicine. I think the latest one will be radiologist and special need. In malaysia, we need more dentist. I am not sure what the latest ratio is (probably 1:1000). Best of luck…

  25. zura Says:

    hye..
    saya adalah seorang pelajar ,berumur 17,akan memgambil SPM tahun ini
    saya ingin bertanya ,bagaimanakah ingin memohon jururawat pergigian . ?

  26. shafiq Says:

    dr saya student dsa dr segi college sesi jN2010 di kota damansara saya nak tanya doc ni yg ajar klas kitorang ke?? Haha x sangka jumpa doc kat sini doc saya pun ada problems mcm diorang, doc valencia ckp elok jd technologist bidang medic mcm M.A. dia kata x best sbab x leh buat duit sgt lpas besara tp pendpt doc apa yg terbaik untuk saya?? tq

  27. melisa Says:

    hai..saya pelajar uitm dalam foundation of law..saya dapat temuduga SPA untuk penolong jururawat pergigian..ape sebenarnye tugas jururawat pergigian..dan jika ditemuduga jawapan ape yang paling sesuai jika ditanya mengapa awak nak cebui bidang ni selain jawapan atas minat???
    saya mmg amat meminati bidang perubatan sejak kecil, tapi saya telah ditawarkan ke uitm dalam bidang law dimana ia bidang yg ke 5 dlm pilihn saya,,jika ditanya knpe..bolehkah ia mnjadi jawapan saya untuk soalan sangupkah awak tinglkn ape yg awak dah belajar??

  28. b3rry Says:

    salam..hai..sy bakal interview pembantu pembedahan pergigian..saya just nk tnye ape soalan2 yg sllu ditanya berkaitan ngn gigi..apakah cara-cara gosok gigi..sy tak pernahla interview pembantu pembedahan pergigian..tlg sy bgla sy tips..thnks :)

    • dranis07 Says:

      Hai…sebenarnya soalan bergantung kepad si penemuduga. Bacalah… berkaitan moto Kementerian kesihatan malaysia, tugas2 pembantu pembedahan secara umumnya….sedikit berkaitan dengan gigi….Goodluck ya…

  29. ismi Says:

    helo…im am a student from uitm sabah..taking diploma in science….nak tnya sikit lah…Tolong yerh…..kalau ambik diploma in science sy tau bley smbng dgree dentistry…tapi nak tnya lah….saingan kuat kah??? boleh tak sy smbng dlm bidang nie…cuz sem 1 rsult sy dpt 3.56 …..Alhamdulillah..masuk dean’s list….n berapa gaji tuk freshly graduated dentist??? ^__^

  30. rockers Says:

    apakah tugas utama seorang pembantu pembedahan pergigian dan berapakah gaji basic bagi jawatan ini??

  31. Shahirah Says:

    Salam sejahtera. Saya pelajar lepasan SPM 2010 dan sangat berkeinginan untuk menceburi bidang pergigian. Apakah nasihat dari pihak tuan?

  32. hasyikin Says:

    salam dr. sya baru dpt temuduga untuk latihan juruteknologi pergigian.. agaknye apa soalan yg mungkin ditanya..

  33. Taqiyuddin Says:

    Salam Dr,
    boleh bg pendapat x tentang dentistry di mesir?
    sye punye result spm not so good,so sye apply dgn ejen utk pegi ke sane..

    sye minat sgt dgn dentistry nie,harap Dr boleh bg pandangan..:)
    tqvm..

  34. eimaya loriena Says:

    assalamualaikum..sya lpsan spm 2010,,sya berminat untk mjd dR gigi…tp result spm sya teruk..sya xtahu mcmna nk mulakn slpas SPM result sya
    bm_A-
    bi_B
    sej_B
    p.islam_B+
    maths_C+
    admaths_E
    p.akaun_D
    kimia_C
    biolog_C

  35. afiqah hanisah Says:

    salam..dr nak tanye.
    pembedahan pergigian dengan doktor pergigian tu same ker?

  36. nank Says:

    hello,..nak tnya ckit bole,..bru2 ni i dpt twaran utk intrview pembantu pembedahan pergigian n sya nak tahu pa yg sya perlu buat utk intrview tersebut,..sya bru 1st tyme intrview,..

  37. salam…sy peljr tgktn 4..sy amt meminati bidg pergigian..apa lgkh yg prlu diambil oleh sy untuk mncpai bidg yg sy minati…..ttpi di sekolh sy tdk mengmbil biology..adakah bidg ini mmerlukn biologi?? sy b’cita-cita ingin mnjd seorg doktor gigi…:)

  38. dranis07 Says:

    Hai trah, good luck, saya yakin anda mampu mencapai cita-cita anda. Untuk menjadi seorang pegawai pergigian yang baik, bermula dari niat. Apa kah niat kita untuk menjadi doktor gigi, adakah nak bergaya dengan ‘title’ doktor yg diberikan kepada kita atau utk menolong masyarakat dengan ilmu yang ada. Pekara kedua mestilah sabar. Menjadi seorang doktor , kita perlu bersabar dengan kerenah pesakit, rajin dan tidak sombong.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.