GIGI WARISAN KITA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Laman ini adalah bertujuan untuk memberi serba sedikit pengetahuan tentang kesihatan pergigian, yang kadang kala sering diabaikan oleh masyarakat kita.

Pemeriksaan mulut sendiri di rumah. Senang atau susah? June 28, 2008

Filed under: DHE — dranis07 @ 11:10 pm
Tags:

Kebersihan mulut dan keseluruhan gigi adalah sangat penting kerana mulut yang bersih dan tidak berbau akan menambahkan keyakinan kita semasa bergaul atau bercakap. Tugas kita terhadap gigi bukan sahaja memberusnya dengan berkesan malah kita juga perlu tahu memeriksa kesihatan mulut sendiri. Ramai yang tidak tahu tugas yang kedua ini. Justeru itu, diharapkan dengan penulisan kali ini, dapatlah kiranya saya menerangkan bagaimana memeriksa sendiri kesihatan mulut dan gigi sendiri di rumah, tanpa mengeluar satu sen pun duit anda.

Kenapakah kita disarankan membuat pemeriksaan sendiri? Pada masa sekarang kita dikelilingi dengan pelbagai pekara yang sangat memberi kesan kepada kesihatan kita. Antaranya perokok yang menghembus asap rokok yang secara tidak langsung penghidu pasif seperti orang yang tidak merokok, akan terdedah kepada bahaya kanser, tidak kiralah apa jenis kanser. Mulut juga terdedah dengan kanser.Selain daripada itu, kita juga sering terlihat dikalangan warga tua suka mengunyah sirih. Sireh juga adalah salah satu faktor yang boleh menjurus ke arah kanser mulut. Minuman keras yang berleluasa juga akan memberi kesan kepada peminumnya. Antara yang pasti adalah kanser mulut. Negara kita hampir 90% disinari cahaya matahari. Justeru itu, ada dikalangan kita suka mendedahkan diri pada pancaran matahari atau bekerja dibawah sinaran matahari. Ini juga menyumbangkan faktor kepada berlakunya kanser mulut.

Kanser mulut adalah kanser yang ke-8 paling kerap di dunia. Ia adalah ketumbuhan tisu yang luar biasa berlaku pada ruang kaviti mulut. Pengesanan awal amatlah perlu kerana:

1. Mengelak perebakan penyakit

2. Mengelak ketidakupayaan yang teruk

3. Memanjangkan hayat pesakit

Apakah yang perlu diberi perhatian jika anda sendiri membuat pemeriksaan di rumah?

1. Ulser yang tidak sembuh selama 2 minggu

2. Lesi putih atau merah di dalam mulut

3. Kebengkakan atau bonjolan pada bibir atau di mana saja di dalam mulut

Apakah pekara yang anda akan alami jika pekara diatas berlaku?

1. Sukar membuka mulut,mengunyah, atau menelan

2. Sakit pada bahagian telinga

3. Kebas pada lidah atau mulut

Ikuti 6 langkah mudah pemeriksaan sendiri di rumah

1. Gunakan cermin dan cahaya yang terang

2. Lihat wajah dan leher anda di cermin

- tekan bahagian tepi dan hadapan leher.

- ada kebengkakan? ada kesakitan? ada perubahan warna kulit?

3. Periksa bibir anda dalam keadaan tertutup dan terbuka

- adakah terdapat perubahan warna, tekstur, keabnormalan permukaan

- tarik bibir atas dan bawah, lihat ada bonjolan atau ulser, atau ada perubahan warna kulit

3. Tarik pipi kanan dan kiri, lihat keadaan mukosa bukal, rasa jika ada bonjolan. lakukan pada kedua-dua belah pipi

4. Kepala diposisikan keatas, mulut dibuka luas agar lelangit dapat dilihat. Perhatikan samada ada perubahan tekstur, bonjolan, ulser

5. Letakkan hujung lidah pada lelangit. Periksa jika ada keabnormalan pada kawasan tersebut

6. Unjurkan lidah anda keluar.

- Lihat jika ada perubahan warna pada lidah

- Tekan dan periksa bahagian bawah lidah. Ada bonjolan? Ulser?

-.Periksa bahagian kiri dan kanan lidah, serta hujung lidah.

Jika ada keabnormalan atau jika sekiranya anda tidak pasti buatlah lawatan ke klinik gigi yang berdekatan.

Selamat mencuba!

 

Kenapa Florida penting? June 26, 2008

Filed under: DHE — dranis07 @ 9:04 pm
Tags:

Fluoride atau florida, nama ini tidak asing lagi bagi kita semuakan!! Adakah diantara kita yang tidak tahu apa itu ‘fluoride’. Florida ini, bukan lah negari florida di US, ini adalah bahan yang terdapat di dalam air minuman dan ubat gigi kita. Ia sangat penting untuk pembentukan dan pertumbuhan gigi.

Bagaimana florida bekerja?

Secara amnya gigi adalah struktur yang paling keras didalam badan kita.Kekerasan gigi kita terjadi hasil daripada terbentuknya kristal yang dikenal sebagai “HYDROXAPATITE’. Kristal ini sangat sensitif kepada asid (metabolisma gula) dan ion florida. Jika asid menyerang gigi kita, dimenaralisai permukaan gigi akan berlaku dan kaviti atau lubang terjadi. Jika tiada ion florida, lubang akan lebih besar. Namun begitu, jika ion florida ada, iaitu diperolehi dari pemfloridaan air dan ubat gigi, lubang yang kecil akan mengalami remineralisasi semula. Permukaan gigi (enamel) akan kembali sembuh.

Kebaikan florida

Adakah antara kita tahu apakah kebaikan florida?

1. Membantu penyembuhan gigi berkaries (karies peringkat awal)
– Gigi berkaries akan mengalami pemineralan semula
– Kawasan pemineralan semula itu akan berwarna perang

2. Membantu meningkatkan daya tahan gigi terhadap asid

3. Membantu mengganggu fungsi bakteria di dalam plak

4. Mempercepatkan pembentukan struktur dalaman dalaman gigi kekal yang baru tumbuh

5. Memberi kesan kepada bentuk gigi
– Alur gigi yang lebih cetek
– Memudahkan pembuangan plak pada permukaan gigi

Keburukan Florida

1. Fluorosis

Permukaan gigi kekal akan menjadi keputihan dan kadangkala rapuh.. Ini berlaku akibat daripada pengambilan florida yang berlebihan, contohnya, anak-anak menelan ubat gigi semasa memberus. atau meminum air yang diflorida kan.(kandungan florida di dalam air melebihi 1ppm). Untuk atasi masalah ini, ibu/penjaga perlulah mengawasi anak-anak semasa memberus gigi. Jika perlu gunakan ubat gigi tanpa florida kepada anak-anak anda.

Rawatan flourosis selalunya jika tidak terlalu teruk ia dibiarkan sahaja. Namun begitu, jika teruk, rawatan ‘crown’ atau tampalan komposit boleh dilakukan. “Bleaching” atau pemutihan gigi juga boleh dilakukan.

Dimanakah florida boleh diperolehi?

Seperti yang dimaklumkan terdahulu, florida boleh diperolehi melalui rawatn air di loji-loji air. Bahan florida ini akan ditambah semasa proses penyediaan air bersih yang kemudiannya disalurkan kerumah- rumah. Di Malaysia selalunya konsentrasi florida adalah di antara 0.4-0.6ppm. Jika sekiranya anda menggunakan air seperti RO water, kemungkinan besar tiada florida di dalam air minuman anda!!

Florida juga boleh didapati di klinik-klinik gigi yang berdekatan. Ia diberikan kepada pesakit yang mempunyai risiko karies yang tinggi sebagai satu pencegahan. Dibawah ini adalah contoh pesakit yang diberikan florida yang diletakkan didalam ceper pakai buang, dan di masukkan ke dalam mulut pesakit.

 

Ibu mengandung dan kesihatan pergigian June 12, 2008

Filed under: DHE — dranis07 @ 8:22 pm
Tags:

Kali ini saya akan menulis berkaitan ibu mengandung dan kesihatan pergigian. Ramai diantara kaum ibu sangat mengabaikan kesihatan pergigian semasa mengandung, tidak kiralah mengandung anak pertama ke, kedua ke.atau lebih. Untuk makluman semua, kesihatan anak yang dilahirkan selalunya berkait rapat dengan kesihatan ibu yang mengandung. Penjagaan diri dan pemakanan, termasukkalah penjagaan kesihatan pergigian perlu diambil peduli. Pada saya, ibu masa kini perlu mempunyai pengetahuan luas berkaitan kesihatan. Pengetahuan yang luas akan membantu mereka mendidik anak- anak agar mampu menjaga kesihatan diri dengan baik. Secara umumnya, tabiat dan didikan ibu bapa akan menjadi ikutan anak-anak. Justeru itu, saya harap ibu terutamanya perlu peka apa yang perlu mereka laksana untuk mencapai kesihatan yang lebih baik untuk keluarga yang tersayang.

Seseorang ibu yang mengandung akan mengalami perubahan hormon yang ketara. Ini akan memberi kesan terhadap emosi, tabiat, dan kesihatan mereka. Gangguan kesihatan yang jelas ialah, loya,dan muntah. Masalah utama pergigian yang timbul pula ialah karies, dan masalah gusi. Penyebab utamanya ialah PLAK. Jika gigi tidak dibersihkan daripada plak, plak akan mengeras dan karang terbentuk. Berhati-hati dengan plak gigi!!!!

Karies Gigi

  • Apakah karies gigi?
    Lubang pada permukaan gigi
  • Bagaimana tahu gigi anda rosak?
    1. Gigi berubah warna perang atau hitam
    2. Gigi berlubang
    3. Sakit/Ngilu
    4.Sukar mengunyah
    5. Makanan suka melekat
    6. Nafas berbau
  • Bagaimana ia terjadi?
  • Bagaimana mahu merawatnya?
    1. Kalau teruk, paling senang CABUT sahaja. Namun begitu, sekarang pelbagai rawatan boleh dilakukan seperti rawatan akar diikuti “crown”, Amalgam (tampalan hitam), lebih sesuai dibuat pada gigi belakang,gigi hadapan lebih sesuai jika dibuat tampalan sewarna, selalunya dipanggil “Composite’.
    2. Untuk mengelak kejadian karies yang teruk, rawatan pencegahan boleh dilakukan. Antaranya:
    -Florida topikal- ia diberikan kepada pesakit yang mempunyai ‘high risk caries”. Penilaian dibuat oleh pegawai pergigian, jika seseorang itu perlukan aplikasi flourida pada permukaan gigi, maka ia akan dibuat. Selalunya, gel fourida akan diletakkan diatas ceper dan dimasukkan di dalam mulut pesakit dalam tempoh lebih kurang 4 minit.

    – Fissure Sealant- selalunya dilakukan pada gigi yang berisiko. Ciri-ciri gigi tersebut ialah gigi tersebut beralur dalam, menyukarkan pembersihan pada permukaan gigi, gigi tiada lagi karies, dan ia adalah gigi kekal.

Penyakit Gusi

  • Apakah puncanya?
    Perubahan hormon dikalangan ibu mengandung dan gigi tidak dibersihkan secara berkesan
  • Apakah tanda awal?
    1.Gusi berdarah
    2. Mulut berbau
    3.Gusi bengkak
    4. gigi mula bergoyang
  • Apakah rawatan?
    Scaling dan “pengetaman akar” (kalau teruk sgt la!!)

Ibu yang hamil juga perlu berhati-hati dalam mengambil ubatan. Kadang kala ubat yang diambil akan memberi kesan kepada gigi dan gusi. Sebagai contohnya, pesakit mengambil ubat:
1. Antibiotik
-eg Doxycline
– sejenis antibiotik tetracycline,boleh melalui susu ibu dan akan memberi kesan kepada pertumbuhan dan pembentukan gigi
-kesannya gigi kekal anak mempunyai garis berwarna kuning

2. Ubat Epilepsi/ sawan
– gusi akan menjadi bengkak, kebersihan yang baik akan mengurangkan kesan bengkak.

3. Ubat Perangsang
-kesan utama ubat seperti ini ialah Bruxism(kunyah gigi waktu malam, karies, sakit telinga & kepala)

Secara keseluruhannya, saya berharap agar setiap ibu mengandung akan datang untuk membuat pemeriksaan yang berkala di mana-mana klinik pergigian kerajaan/swasta. Di klinik kerajaan, ibu mengandung tidak dikenakan bayaran. Buatlah pemeriksaan seawal yang mungkin. Satu pekara yang perlu diingatkan disini adalah elakkan mengambil x-ray/ radiograph kerana ditakuti ia boleh memberi kesan sampingan kepada ibu yang mengandung.

 

Penjagaan Kesihatan Pergigian Kanak-Kanak Istimewa June 9, 2008

Filed under: DHE — dranis07 @ 10:06 pm
Tags:

Kanak-kanak istimewa adalah anugerah tuhan yang paling mencabar untuk semua ibu bapa. Kanak-kanak istimewa seharusnya dijaga dengan penuh kasih sayang. selalunya, mereka sering juga mempunyai masalah perubatan. Justeru itu, perhatian yang serius patut diberikan kepada mereka terutama dalam menjaga kesihatan pergigian. Kanak-kanak istimewa ini tergolong di kalangan mereka yang cacat penglihatan, cacat pendengaran, kanak-kanak terencat akal (cth:sindrom down), dan lain lagi. Kebiasaannya, kanak-kanak ini selalu mempunyai masalah pergigian. Ramai ibu bapa atau penjaga tidak menghiraukan kebersihan mulut anak mereka. Oleh itu, jika dilihat, anak-anak yang istimewa ini mempunyai masalah pergigian yang teruk seperti karies gigi, masalah gusi, dan gigi berselerak(crowding). Apakah langkah yang sesuai yang perlu dibuat oleh ibu bapa/ penjaga?

Langakah-Langkah:

1. Pemeriksaan gigi di klinik gigi yang berdekatan sekurang-kurangnya setahun sekali. Jika ada masalah pegawai pergigian akan terus memberi rawatan yang setimpal. Selalunya, jika mereka mempunyai banyak gigi yang rosak, dan tidak boleh memberi kerjasama, serta mempunyai masalah kesihatan yang lain, doktor gigi akan mensyorkan dibuat “dental Clearance” . Ini bermakna pesakit akan di masukkan ke wad, rawatan menampal, mencabut gigi yang rosak akan dibuat dalam keadaan pesakit tidak sedar.(Dalam keadaan bius). Ditakuti jika gigi yang rosak tidak dibuang, jangkitan kuman yang lebih teruk mungkin akan berlaku, kerana anak-anak istimewa ini secara amya mempunyai daya tahan penyakit yang lemah.

2.Ceramah
Selalunya ceramah akan diberikan kepada penjaga tentang selok belok penjagaan gigi serta pemakanan yang betul agar kesihatan gigi anak-anak mereka terjamin. Kadang-kadang, kanak-kanak seperti cacat penglihatan, dan pendengaran, ceramah akan diberi melalui Braile atau bahasa isyarat oleh guru masing-masing

3. Latihan memberus gigi, ini akan diberi kepada kanak-kanak istimewa yang boleh memegang berus gigi, dan di bantu oleh penjaga. Semasa memberus gigi, kanak-kanak ini perlu diselia oleh penjaga, dikhuatiri mereka akan tertelan ubat gigi.

Cara memberus gigi bagi kanakkanak istimewa:

1. Berbaring dari hadapan
2. Berbaring dari belakang
3. Duduk dari tepi
4. Duduk dari hadapan
5. Duduk dari belakang

Berus gigi yang digunakan oleh mereka, perlu diubahsuai. Ada antaranya di letakkan bola getah, pada tangkai berus gigi tersebut supaya mereka mudah pegang. Doktor gigi juga selalu syorkan berus gigi elektrik, ini lebih mudah

Peranan Penjaga

1. Menjaga kebersihan mulut mereka
2. Menjaga pemakanan mereka. (Makan makanan seimbang, kurangkan gula)
3. Lakukanlah pemeriksaan gigi sekerap yang mungkin.

Dibawah ini disertakan antara cara yang boleh digunakan untuk membersihkan gigi anak istimewa dan ubahsuai berus gigi untuk memudahkan mereka menggunakannya.

 

Kerjaya di bidang pergigian June 8, 2008

Filed under: Kerjaya — dranis07 @ 5:01 pm
Tags:

Pergigian adalah satu cabang perubatan yang kini semakin di minati. Ia sangat laris kini. Namun semasa zaman 90an, kerjaya ini agak baru dan masih tidak diketahui umum. Ramai anak muda kita, yang mendapat keputusan cemerlang memilih untuk mengikuti program perubatan di dalam mahupun di luar negara. Sama lah seperti saya, keinginan memang kearah perubatan, kerana pada sekitar tahun 90an, tidak banyak pendedahan diberikan oleh cikgu di sekolah, atau maklumat di media atau di dada akhbar.

Di dalam bidang pergigian, kita hanya tahu doktor gigi sahaja, tetapi staf sokongan juga janganlah dilupakan. Saya akan memberi penerangan berkaitan peluang kerjaya pergigian yang ada dan di iktiraf oleh Kementerian Kesihatan.

1. Pegawai Pergigian

Mereka bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan pergigian kepada masyarakat. Seorang Pegawai Pergigian akan melakukan pemeriksaan dan diagnosa. Mereka juga akan melakukan rawatan seperti tampalan, cabutan, dan gigi palsu.Untuk menjadi seorang Pegawai Pergigian, mereka perlulah mempunyai ijazah di dalam pergigian daripada mana-mana universiti yang diiktiraf samada di dalam atau luar negeri.Pengamal pergigian perlulah mendaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia. Semenjak 29 Jun 2001, setiap pegawai baru perlu berkhdmat dengan kerajaan selama 3 tahun.Umumnya tangga gaji permulaan adalah bermula dari P1T5. Mereka boleh berkhidmat samaada di Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Orang Asli, dan Swasta.

2. JURURAWAT PERGIGIAN

Jika anda seorang yang penyabar dan penyayang serta mampu berkomunikasi dengan baik dengan kanak-kanak, kerjaya ini adalah sangat sesuai. Tugas mereka adalah memberi rawatan kepada kanak-kanak berusia 17 tahun dan ke bawah. Mereka juga akan terlibat dalam promosi pendidikan kesihatan pergigian yang dibuat dalam bentuk ceramah, “play”, pameran dan kempen. Sekarang, latihan untuk menjadi jururawat pergigian hanya terdapat di Kolej Pergigian Latihan Kanak-Kanak di Pulau Pinang. Setelah tamat latihan pelajar akan di beri Diploma Kejururawatan Pergigian. KLIK disini jika inginkan maklumat lanjut

3. JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN

Jika anda seorang yang gemarkan kerja tangan dan kejuruteraan, anda suai memilih bidang ini. Seorang Juruteknologi Pergigian, meraka akan membuat prostesis (gigi palsu, korona), aplian ortodontik, dan aplian pembedahan mulut. Selain daripada itu, mereka juga terlibat di dalam pembaikan peralatan pergigian dan pembangunan klinik. KLIK disini jika inginkan maklumat lanjut

4.PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN

Pembantu pembedahan pergigian bertanggungjawab dalam membantu pegawai pergigian dan jururawat dalam pengusan pesakit. Mereka juga bertanggungjawab didalam “infeksi kontrol” di bilik rawatan. Selain daripada itu mereka juga boleh menerima resit bayaran daripada pesakit serta mengemaskini rekod atau kad rawatan pesakit. KLIK disini jika inginkan maklumat lanjut

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.