GIGI WARISAN KITA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Laman ini adalah bertujuan untuk memberi serba sedikit pengetahuan tentang kesihatan pergigian, yang kadang kala sering diabaikan oleh masyarakat kita.

Masalah sendi rahang mulut November 22, 2011

Filed under: Uncategorized — dranis07 @ 2:04 pm

Asslamualaikum wbt, ruangan blog saya sudah ditinggalkan hampir 3 tahun kerana sibuk dengan pengajian dan kini kembali semula untuk berkhidmat. Hari ini hari pertama saya mula menulis kembali. Masih keliru apa yang saya patut kongsi. Fikir punya fikir, saya rasa tajuk ini masih baru di kalangan masyarakat kita. Ada diantara kita hadapi masalah sendi rahang mulut tetapi berdiam diri dan tidak datang untuk mendapat rawatan atau pandangan dari pakar pergigian.

1. Latar belakang sendi rahang mulut
Kita mempunyai sepasang sendi rahang yang berhubung terus dengan tengkorak pada bahagian skuamus tulang temporal. Dengan adanya sendi rahang, kita boleh membuka dan menutup mulut dengan sempurna.Terdapat satu lapisan memisah sendi rahang dengan tulang temporal. Ia di kenali sebagai disk artikular. Disk artikular ini dikenali juga sebagai meniskus,ia berbentuk cembung, dan bersifat ‘fibrocartilage’. Ini membantu pergerakan dan memudahkan pergerakan sendi rahang. Di bahagian ini juga terdapat otot ,salur darah dan saraf.

Sebelum ini, masalah ini dianggap sebagai penyakit atau sindrom. Namun demikian, dengan kajian berterusan daripada saintis, mereka bersependapat untuk menggunakan istilah “Temporamandibular Disorder (TMD) dalam setiap diskusi mereka. American academy of orofacial pain (AAOP) telah mengklasifikasikan masalah ini kepada dua keadaan. Pertama ia melibatkan otot (Muscle related-TMD (MrTMD)) dan yang kedua melibatkan sendi (Joint-related TMD(Jr-TMD)). Masalah yang pertama sering berlaku. Pesakit akan mengadu sakit pada bahagian otot muka, pembesaran otot juga mungkin berlaku. Masalah ini selalu terjadi kepada pesakit yang suka mengunyah pada waktu malam tanpa sedar (bruxism) atau suka mengetap gigi setiap masa atau semasa stress (clenching). Kekadang habit menggigit pensel, posture yang tidak betul menjurus ke arah masalah ini. Masalah kedua lebih kepada pesakit yang sedia ada mempunyai penyakit sendi seperti arthritis, gout, jangkitan kuman atau neoplasia.

2. Kenapa ia boleh terjadi?

Mr-TMD boleh berlaku akibat penggunaan otot muka yg sangat aktif (Bruxism/Clenching). Ia juga boleh berlaku jika sekiranya perubahan oklusi gigi seperti tampalan gigi yang tinggi dan pesakit tidak dapat menyesuaikan diri dengan posisi tampalan tersebut. Kadang-kadang stress, posisi duduk yang tidak betul juga memainkan peranan kepada masalah ini.

Jr-TMD pula, masalah yang selalu terjadi adalah ‘disc displacement-DD’. Terdapat dua jenis DD iaitu ‘anterior disc displacement with reduction’ dan ‘anterior disc diplacement without reduction’. Masalah pertama melibatkan disk kembali kepada kedudukan asal dan yang kedua pula ia kekal pada kedudukan abnormal. Pesakit akan sukar untuk membuka mulut dengan luas. Kejadian ini dikenali juga sebagai ‘close lock’.

3. Epidemiologi

Berdasarkan kajian,75% populasi mempunyai simptom dan tanda menghadapi masalah ini dan didapati hanya 5% hingga 10% pesakit sahaja yang memerlukan rawatan selanjutnya dari pakar pergigian. Majoriti pesakit yg mengalami masalah ini ialah wanita yang berusia di antara 20 hingga 40  tahun.

4. Aduan pesakit

Untuk mendiagnos sesuatu masalah, pegawai pergigian perlulah bertanya sejarah pesakit dan melakukan pemeriksaan ke atas pesakit. Selalunya pesakit akan mengadu terlalu banyak duduk menggunakan komputer, masalah sakit jiwa, stress, pernah trauma pada bahagian muka, sakit pada bahagian leher dan bahu, suka mengetap gigi dan mengunyah gigi pada waktu malam. Pesakit juga akan mengadu sakit kepala dan sakit pada kawasan telinga, tidak boleh membuka mulut dengan luas, dan sendi berbunyi apabila membuka mulut. Gigi pesakit juga haus, agak rata
dan bergerigi.

 


5. Rawatan

Sebelum rawatan, x-ray akan diambil pada kawasan sendi untuk meneliti apakah msalah sebenar pada kawasan tersebut. Kadang-kadang tiada abnormaliti yang dapat di kesan. Kadang-kadang pula kita akan dapati permukaan sendi akan menunjukkan tanda-tanda haus. CT Scan dan MRI scan juga boleh digunakan untuk melihat lebih detail kawasan yang bermasalah tersebut. Biopsy juga boleh dilakukan untuk mengesan rheumatoid factors, antinuclear antibodi dan antibodi yang lain sekiranya penyebab TMD adalah rheumatoid artritis, temporal arteritis atau masalah konektif tisu. Kandungan asid uric juga boleh di periksa jika gout penyumbang masalah sendi rahang.

Kebanyakan masalah sendi rahang ini adalah ‘self limiting’ dan tidak menjadi teruk. Rawatan selalunya melibatkan memberi nasihat kepada pesakit untuk mengurangkan stress, urutan pada bahagian yang sakit, letak ‘cold ice pack’ pada kawasan yang sakit, betulkan posture badan semasa membuat kerja. Buang tabiat menggigit pensel, mengetap gigi atau mengunyah gigi. Selain daripada itu, splint akan diberikan kepada pesakit dan pesakit perlulah memakainya terutama sebelah malam untuk membuang tabiat mengunyah gigi semasa tidur. Pesakit juga akan diajar oleh pakar pergigian bagaimana untuk membuat ‘jaw exercise’. Ubat tahan sakit juga boleh digunakan. Kadang-kadang ubat antidepresant juga boleh diberikan kepada pesakit untuk mengatasi masalah ini.

 

Jaw exercise

6. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, rawatan masalah TMD adalah mudah, dan prognosisnya adalah baik. Simptom selalunya akan berkurangan jika sekiranya pesakit melakukan apa yang diarahkan dengan betul.

 

BAGAIMANA ANDA MEMILIH ‘DENTIST’ ANDA? February 9, 2010

Filed under: DHE,Umum — dranis07 @ 8:43 pm

Lewat ini kita dikejutkan dengan berita di akhbar utama penemuan 30% dentist yang beroperasi tanpa lesen. Pekara ini bukan sesuatu yang baru malah sudah lama wujud. Jika kita imbau zaman datuk dan nenek kita terdahulu, ‘tukang gigi’ sering menjadi tempat untuk mereka menjalani ‘rawatan’ yang boleh dikatakan ‘superb’ berbanding ‘dentist’ yang bertauliah. Apa tidaknya, kekangan kewangan yang menghambat masyarakat dari dahulu hingga kini membataskan mereka untuk mendapat rawatan sebenar dengan pegawai yang bertauliah. Rawatan pergigian adalah sangat mahal jika dibandingkan dengan rawatan perubatan. Untuk merawat ‘mutiara putih’ di dalam mulut kita memerlukan hampir ratusan ribuan ringgit, memerlukan masa pesakit untuk berbaring seberapa lama diatas kerusi yg kekadang sangatlah tidak selesa, komitmen pesakit terhadap rawatan dan banyak lagi pekara yg mungkin jika ditanya kepada pesakit amatlah merimaskan. Nah, dengan wujudnya ‘fake dentist’ kata orang putih, pesakit mungkin dapat mengurangkan salah satu faktor yang dinyatakan diatas. Saya ada terbaca satu kajian yang dilaporkan didalam International Dental Journal, 2003,vol 55, pg 447-454, berkaitan persepsi masyarakat terhadap mendapatkan rawatan dengan pegawai tidak bertauliah. Di dalam kajian ini (yang dijalankan secara temubual) didapati 67% penduduk masih lagi mengujungi ‘fake dentist’. Kriteria pesakit yang mengunjugi klinik gigi palsu ini adalah mereka yang sudah tua, dari kelompok masyarakat yang kurang mampu darisegi sosialekonominya, tinggal di kawasan yang kurang klinik pergigian kerajaan, dan mempunyai tahap kebersihan dan kesihatan mulut yang teruk. Rawatan yang sering dijalankan adalah cabutan gigi (61%). Di dalam kajian ini juga, didapati faktor utama mereka masih lagi mengunjugi ‘fake dentist’ adalah kos rawatan (53%) dan kemudahan untuk dapatkan rawatan yang sepatutnya (20%). Adalah sangat sedih jika dikalangan masyarakat kita masih belum sedar baik buruk menggunakan perkhidmatan seperti itu. Dewasa ini, keinginan dan kehendak pesakit adalah sangat tinggi. Ini ditambah dengan kemunculan pemutihan gigi, implant, ‘crown and bridges’yang sangat menghambat keinginan pesakit. Justeru itu, disini saya akan berikan beberapa tips bagaimana untuk memilih ‘dentist’ yang betul dan mampu menjalankan rawatan yang sepatutnya.

TIP:

1. DAPATKAN TEMUJANJI ANDA

Dapatkan temujanji terlebih dahulu dengan doktor anda. Masa temujanji tersebut bincanglah masalah anda, perhati personaliti doktor anda, kebersihan/keceriaan klinik, staf sokongan.Jika semua menepati ekpektasi anda, dan anda berasa percaya dan yakin dengan doktor tersebut, boleh terus berurusan dengan beliau.

2. PENGIKTIRAFAN

Pergigian adalah profesion yang memerlukan lesen untuk praktis. Sebagai pesakit, kita perlu memerhati samaada lesen yang sah di pamerkan di mana2 bahagian di klinik. Begitu juga ijazah pegawai pergigian tersebut. Jikalau kita rasa agak khuatir tidak perlulah ‘membuka mulut’ kepada mereka. Pastikan juga lesen tidak luput tarikh dan klinik tersebut sentiasa memperbaharuinya setiap tahun. Jika klinik tersebut tiada apa yang tersebut diatas itulah yang dinamakan ‘QUACK DENTIST”

3. ‘CONTINUING PROFFESIONAL EDUCATION”

Pergigian adalah satu cbg perubatan yang sentiasa berubah dari masa ke semasa. Jika sesuatu klinik menyediakan rawatan seperti pemutihan gigi, implant, pastikan ‘dentist’ anda ada mengikuti program jangka pendek berkaitan prosedur tersebut, dan sentiasa memperbaharui pengetahuannya dengan mengikuti seminar, ‘hands on course’. (CPD= continuous dental education). Jika anda mendapat tahu bahawa ‘dentist’ anda tidak pernah mengikuti apa2 CPD semenjak dari graduasinya, BE CURIOUS!!!

4. KEBERSIHAN/PROTOKOL KAWALAN JANGKITAN SILANG

Pastikan ‘dentist’ anda sangat ambil berat terhadap kebersihan klinik/’sterilazation’ peralatan pergigian. Ini adalah untuk mengelak jangkitan silang. Kita tidak tahu pesakit sebelum kita mempunyai penyakit yang merbahaya atau tidak. Contohnya Hepitis atau HIV. Adakah kita mahu peralatan yang tidak steril dan masih ada kuman diguna untuk membuat tampalan gigi kita. Pastikan klinik tersebut mengunakan “Autoclave’, sarung tangan, penutup mulut, dan gaun pakai-buang. Klinik2 yang terdahulu selalu menggunakan periuk nasi untuk merebus peralatan pergigian. Kaedah sebegini sangat tidak efektif untuk membunuh kuman. Guna mata untuk memerhati, guna mulut untuk bertanya, kerana kita sebagai pesakit berhak untuk mengetahuinya.

5. ‘PROFESIONAL CONDUCT’

Pastikan setiap rawatan yang dilakukan dicatat dan disimpan dengan baik. Kita perlu pastikan semua rekod adalah ‘confidential’, tidak boleh sewenang2nya dibiarkan orang lain membaca. Apa2 yang berkaitan dengan pesakit seperti mahu menggunakan sesuatu kes untuk kajian, mengambil gambar pesakit, perlulah mendapat kebenaran pesakit terlebih dahulu. Jika ‘dentis’ sewenang2nya mengambil tanpa pengetahuan dan kebenaran pesakit, dentist tersebut telah melanggar ‘profesionalism’ mereka. Pesakit juga perlu menilai kemesraan keramahan staf dan pegawai. Adakah mereka menghormati hak kita sebagai pesakit. Pesakit juga kena pastikan samada mereka mendapat penerangan yang lengkap daripada pegawai terhadap rawatan yang akan dijalankan dan membolehkan pesakit selesa untuk menandatangani borang kebenaran rawatan. Pastikan juga pegawai menerangkan cas rawatan, bagaimana pembayaran boleh dilaksanakan sebelum rawatan dilaksanakan. P\S: BANYAKKAN PESAKIT PERLU TAHU!!

6. ‘OVER-TREATMENT’ : FENOMENA GLOBAL

  • Berhati-hati jika dentist anda mencadangkan rancangan rawatan yang sangat kompleks dan meleret
  • Berhati-hati juga jika dentist anda beria-ia menjual ubat atau ‘suplement’ untuk kesihatan pergigian
  • Berhati-hati juga jika dentist anda beria-ia menyuruh anda menukar tampalan amalgam (hitam) kepada tampalan putih (composite), atau mencadangakan supaya gigi di cabut daripada membuat rawatan akar (di dalam keaadan tertentu gigi berprognosis buruk perlu dicabut seperti gigi terfarktur dan tidak boleh dirawat)
  • Apabila cas rawatan yang sangat murah berbanding klinik yang lain di kawasan yang sama. Ini berkemungkinan dentist tersebut cuba untuk menambahkan bilangan temujanji dan melakukan rawatan yang tidak sepatutnya.
  • Dentist yang baik kebiasaannya lebih menjurus kepada pencegahan dan sangat menitik berat pendidkan kesihatan pergigian terhadap pesakit mereka

7. KUALITI VS KUANTITI : ‘GOOD THINGS IN LIFE DO NOT HAPPEN IN AN INSTANT’

  • Cas rawatan pergigian bukan penentu kualiti sesuatu perkhidmatan
  • Untuk makluman, pergigian adalah satu cabang sains dan seni. Kombinasi kedua2nya menzahirkan sesuatu yang cantik. Perhatikan dentist anda melakukan tugasannya, adakah mereka gelojoh untuk habiskan sesuatu pekara. Kualiti kerja didalam bidang pergigian bukan lah seperti membuat sesuatu dengan banyak seperti kilang mengeluarkan barang di dalam berapa saat. Rawatan didalam pergigian perlukan penelitian, masa dan konsentrasi.
  • Dentist yang berkualiti amat menitik beratkan kesihatan keseluruhan pesakitnya, selalu bertanya berkaitan rawatan tersebut (regular recall), review pesakit secara berkala sehingga dentist rasa puas terhadap rawatan yang diberi. Jika dentist kita tidak pernah untuk membuat panggilan susulan untuk menilai tahap rawatan yang diberi, ia bukan dentist yang baik dan berkualiti.

8. PANDANGAN PIHAK KEDUA (SECOND OPINIONS)

Jika kita sebagai pesakit agak ragu-ragu terhadap cadangan rawatan oleh ‘dentist’, carilah pandangan pihak kedua. Jika cadangan rawatan dentist anda adalah betul, sudah tentu jika diunjurkan kepada pihak kedua, mereka juga akan berpandangan yang sama.

9. RUJUKAN DARI MULUT KE MULUT (WORD OF MOUTH REFERRALS)

Dentist yang baik sentiasa menjadi bahan mulut orang ramai. Mereka akan menjaja dentist yang berkualiti. Namun begitu ia bukan bermakna percaya membuta tuli. Buatlah penelitian sendiri, dan yakin bahawa itulah dentist yang terbaik untuk ANDA.

 

Rawatan ortodontik (Bhg 1) December 25, 2008

Filed under: Rawatan — dranis07 @ 6:41 pm

slide13

slide21

slide33

slide42

slide52

slide61

slide71

slide81

slide91

 

Kesan Kehilangan Gigi (Bhg 2) December 22, 2008

Filed under: DHE — dranis07 @ 7:28 pm

Apabila kegigian kekal hilang, pesakit akan mula mencari alternatif untuk mengganti gigi yang tiada, supaya mereka boleh mengunyah semula. Oleh yang demikian, pesakit akan membuat gigi palsu. Terdapat dua jenis gigi palsu:

1. Gigi palsu sebahagian
- untuk kegigian ini, tidak semua gigi pesakit akan diganti. Gigi yang tiada sahaja akan diganti
- pesakit boleh memilih untuk membuat gigi palsu ini menggunakan material plastik(acrylic) atau daripada besi (Chrome-cobalt). Di klinik-klinik kerajaan, material plastik akan digunakan, kecuali pesakit memohon agar denturnya dibuat daripada chrome-cobalt. Namun begitu, dentur chrome akan dihantar ke makmal luar kerana di klinik kerajaan tiada kemudahan seperti itu. Justeru itu, kosnya agak tinggi.

2. Gigi palsu penuh
-semua gigi pesakit akan diganti

KESAN PEMAKAIAN GIGI PALSU

Akibat daripada kehilangan gigi, tulang juga akan alami penyusutan. Ini adalah kerana ketiadaan gigi, stimulasi untuk menghasilkan tulang tidak berlaku pada kawasan gigi yang dicabut. Tulang akan menyusut.
Pemakaian gigi palsu akan memberi lebih daya kepada tulang rahang, dan tulang akan lebih menyusut, dan menjadi nipis.Apabila tulang menyusut, gigi palsu selalunya longgar, dan pesakit akan membuat gigi palsu yang baru.

slide141

slide15

 

KESAN KEHILANGAN GIGI KEKAL (BHG 1) December 22, 2008

Filed under: DHE — dranis07 @ 6:36 pm
Tags: ,

slide2

slide31

slide4

    slide5
    slide6
    slide7
    slide8
    slide9
    slide10
    slide111
    *PEMBETULAN: “ketiadaan gigi belakang” Menggantikan “ketiadaan gigi hadapan”

    slide171
    slide181
    slide192

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.